ARTIKEL

TANGKAP LAYAR... Tangkap layar video tular yang memaparkan suspek terjun dari Jambatan Darul Hana selepas dicabar oleh individu lain.

Lelaki ditahan polis selepas sahut cabaran terjun Jambatan Darul Hana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terjun dari Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 10.00 malam semalam.

Katanya, tangkapan dibuat selepas satu laporan polis diterima berhubung kejadian yang dipaparkan dalam rakaman video berdurasi 28 saat yang tular di media sosial pada Jumaat.

“Suspek dipercayai terjun dari jambatan berkenaan selepas dicabar oleh individu lain.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexson berkata kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan gopoh yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri atau orang lain.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga RM500 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri sendiri serta orang lain.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Aliff di talian 013-3115854.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU