ARTIKEL

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari kereta Perodua Axia.

lelaki ditemui mati di dalam kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta Perodua Axia yang diparkir berhampiran sebuah premis makanan di pasar lama Bintulu, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Zon Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.03 pagi.

“Setibanya pasukan itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan awal mengesahkan identiti mangsa sebagai Minggu Bukong, 53.

Mayat mangsa, kemudiannya, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU