Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Lelaki ditemui tidak sedar diri di dalam kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pihak bomba mengeluarkan mangsa berumur 47 tahun tidak sedarkan diri di dalam kereta.
Pihak bomba mengeluarkan mangsa berumur 47 tahun tidak sedarkan diri di dalam kereta.

MIRI: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta di Marina 1, Fasa 1 di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 3.06 petang lalu mengerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Central ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah Proton Saga yang diparkir di kawasan letak kereta di Marina 1, Fasa 1 terkunci.

“Didapati ada seorang lelaki dewasa tidak sedarkan diri berada di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihak bomba bertindak membuka pintu kereta tersebut dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung.

Katanya, mangsa, 47 tahun seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News