ARTIKEL

Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki hilang keluar berburu, dijumpai meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar berburu pada Ahad lalu, ditemui meninggal dunia hari ini.

Mayat Luju Jugie, 49, dijumpai terapung di Sungai Ipoh, kira-kira dua kilometer dari rumahnya, pada jam 3 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, lelaki itu dilaporkan keluar rumah seorang diri untuk pergi berburu kira-kira jam 9.00 pagi, tiga hari lalu.

“Bagaimanapun, mangsa tidak kembali ke rumah sehingga lewat petang.

“Bimbang dengan keselamatannya, isteri mangsa tampil membuat laporan polis sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, operasi dilancarkan membabitkan dua kumpulan, bergerak mengikut laluan jejak dan denai ke lokasi mangsa dikatakan selalu memburu.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui terapung dipercayai meninggal dunia akibat lemas dan berikutan penemuan itu, operasi SAR ditamatkan pada jam 4.20 petang, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU