ARTIKEL

Lelaki maut kemalangan di Jalan Sibu-Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 80, Jalan Sibu-Bintulu, Selangau, di sini, semalam.

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pada jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax dan motosikal jenis SM Sport.

“Kedua-dua kenderaan tersebut bergerak dari arah sama iaitu Bintulu.

“Siasatan awal berdasarkan keterangan saksi mendapati bahawa, kemalangan berlaku apabila kereta yang bergerak lurus di lorong kanan telah berlanggar dengan motosikal yang tiba-tiba mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal, 45, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Mukah.

“Sehubungan itu, pemandu kereta, 21, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua kenderaan tersebut mengalami kerosakan remuk di bahagian tepi,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU