ARTIKEL

Lelaki maut, rumah didiami runtuh di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki maut apabila rumah yang didiaminya runtuh dalam kejadian di Jalan Stampin Baru di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan tentang kejadian terbabit pada 2.50 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi, orang awam memaklumkan terdapat mangsa yang berada di dalam rumah kediaman satu tingkat jenis kekal berkenaan.

“Susulan itu, pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian dan berjaya menemukan mangsa, seorang lelaki, yang tidak sedarkan diri di bawah runtuhan,” menurut PGO JBPM Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim Inn Tong, 58, berjaya dikeluarkan daripada runtuhan pada 4.05 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU