ARTIKEL

MAUT… Seorang lelaki maut tersepit selepas kenderaannya merempuh pokok di atas Bukit Taman Awam Miri, Jalan Bintulu-Miri, awal pagi tadi.

Lelaki maut, tiga wanita cedera dalam kemalangan di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang pemandu lelaki berusia 24 tahun maut selepas tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang merempuh sebatang pokok di atas Bukit Taman Awam Miri, Jalan Bintulu-Miri, awal pagi tadi.

Komander Operasi, PBK I Abdul Rahman Rosliee berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri tiba di lokasi lima minit selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa masih tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Abdul Rahman, tiga wanita yang turut berada dalam kenderaan berkenaan berjaya dikeluarkan dan menerima rawatan awal daripada pasukan KKM di lokasi.

Katanya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah, manakala dua lagi cedera ringan.

“Operasi dikawal pada 3.20 pagi dan ditamatkan pada 3.53 pagi selepas kerja-kerja menyelamat selesai serta keadaan lokasi dipastikan selamat.

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU