ARTIKEL

Pihak bomba membantu memadamkan kebakaran kapal ikan di Jalan Kampung Sungai Alo, di sini, hari ini.

Lelaki melecur betis dalam kebakaran kapal ikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki, 38, melecur di bahagian betis kaki kanan dalam kejadian kebakaran sebuah kapal ikan di Jalan Kampung Sungai Alo di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kapal nelayan (SF3-172), jenis kayu, berukuran 50 kaki panjang dan lebar tujuh kaki berlabuh di jeti.

“Pasukan bomba menggunakan konsep ‘receo’ dan mendapati seorang mangsa melecur enam peratus di bahagian betis kaki kanan,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan air pili bomba, pam jentera, satu aliran dan satu nozel 200 kaki sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Tambahnya, kebakaran melibatkan kira-kira 70 peratus bahagian kapal tersebut.

Setelah memastikan keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU