ARTIKEL

Kebakaran memusnahkan tiga unit rumah tidak kekal di Jalan Kampung Melayu, Kampung Dagang, Tatau, awal pagi Isnin.

Lelaki melecur dalam kebakaran tiga rumah di Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Seorang lelaki dewasa melecur kira-kira 20 peratus di bahagian belakang badan dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah tidak kekal di Jalan Kampung Melayu, Kampung Dagang, di sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa telah dihantar oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Tatau sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Anggota bomba menggunakan laluan sungai ke lokasi kebakaran.

“Pusat gerakan menerima panggilan pada jam 10.08 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, bersama bantuan BBP Bintulu, digerakkan ke lokasi yang terletak 200 meter dari Pekan Tatau menggunakan laluan sungai.

“Setibanya di lokasi pada jam 10.20 pagi, Komander Operasi PBK II Herudin Ealhi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah setinggan jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.

“Kebakaran turut merebak ke tiga rumah berdekatan; dua daripadanya musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 60 peratus,” menurut kenyataan itu.

PGO Bomba Sarawak berkata operasi pemadaman menggunakan sumber air dari sungai dengan bantuan pam angkut dan penduduk setempat.

“Bagi mengelak api terus merebak, anggota melaksanakan fire break sebelum kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.06 pagi. Pasukan kini menjalankan kerja-kerja overhaul,” katanya.

Seramai 10 anggota dengan dua jentera iaitu sebuah LFRT dan sebuah CFRT terlibat dalam operasi berkenaan, yang turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU