ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki miliki, terlibat penyalahgunaan dadah dihukum denda RM6,600 atau penjara 18 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM6,600 atau penjara 18 bulan, atas kesalahan memiliki 0.47 gram dadah jenis syabu dan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, pada Februari lalu.

Mohd Farus Junaidi, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.47 gram.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu di luar sebuah rumah di Matang, kira-kira 12.30 tengah hari, 18 Februari lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Bagi kesalahan itu, Mason Jaro menjatuhkan hukuman denda RM3,600 atau lapan bulan penjara terhadap tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, kerana terlibat dalam pengambilan dadah terlarang jenis amphetamine dan methamphetamine.

Dia didapati positif dadah ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak, pada hari yang sama dia ditangkap.

Oleh itu, dia dijatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara 10 bulan dan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman atau membayar denda.

Menurut fakta kes, sepasukan polis membuat satu tangkapan di hadapan sebuah rumah kerana dipercayai terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan, mendapati enam paket kecil lut sinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu di dalam poket seluar denim tertuduh.

Siasatan lanjut tertuduh didapati positif dadah semasa ujian saringan awal air kencing selain laporan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan barang kes dadah jenis methamphetamine seberat 0.47 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road