ARTIKEL

Lelaki patah tulang punggung dilanggar Hilux

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki cedera patah kaki kanan, lengan kanan dan tulang punggung akibat kemalangan yang berlaku di persimpangan Jalan Bedanga Jalan Mukah/Balingian pada malam Jumaat lalu.

Mangsa Mohammad Shahdan Usen, 16 mengalami cedera parah akibat dilanggar oleh sebuah kereta Hilux dari arah bertentangan dalam perjalanannya dari kawasan Mukah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau, dalam kejadian kira-kira 11.10 malam itu, pemandu Hilux yang memandu dari arah Balingian ke Bandar Mukah telah membelok ke arah kanan untuk masuk ke persimpangan.

“Namun demikian Hilux tersebut telah melanggar mangsa (penunggang motosikal) yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan.

“Akibat dari pertembungan tersebut, mangsa telah mengalami cedera parah dan mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Mukah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi pemandu Hilux tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan namun kenderaannya mengalami kerosakan.

Kes tersebut disiasat dibawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.