ARTIKEL

Mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Daro untuk pemeriksaan lanjut. | Foto PGOB Sarawak.

Lelaki sesat cari madu ditemui selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan untuk mencari madu lebah berhampiran Kampung Bawang di sini semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Mangsa, Faizal Isyam Suhaimi, 44, dijumpai oleh penduduk kampung yang turut serta dalam usaha mencari dan menyelamat beberapa jam selepas kehilangannya dilaporkan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGOB) Sarawak, lelaki tersebut dipercayai memasuki hutan sekitar pukul 9.00 pagi bagi tujuan mencari hasil hutan.

Mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Daro untuk pemeriksaan lanjut. | Foto PGOB Sarawak.

” Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 3.00 petang, mangsa sempat menghubungi rakannya untuk memaklumkan bahawa dia tersesat dan tidak dapat mencari laluan keluar.

“Susulan itu, penduduk kampung bertindak segera memasuki kawasan hutan bagi memulakan operasi pencarian sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya dalan kenyataan.

Selepas beberapa jam pencarian, pasukan bomba dimaklumkan bahawa mangsa ditemui kira-kira 150 meter dari kawasan pencarian, iaitu sekitar 84 meter dari laluan asal dia memasuki hutan.

Susulan itu, Komander Operasi bersama anggota lain kemudian bergerak ke lokasi mangsa sebelum membawanya keluar dari kawasan tersebut dengan selamat.

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis dan seterusnya dihantar ke Hospital Daro untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,