ARTIKEL

TAHAN… Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian khianat menyimbah cat sehingga merosakkan sebuah kereta, baru-baru ini.

Lelaki Simbah Cat Ke Kereta Dikaitkan Dengan Pinjaman Haram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian khianat menyimbah cat sehingga merosakkan sebuah kereta di hadapan rumah mangsa di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, operasi tersebut dijalankan pada jam 6.14 petang di sebuah rumah di Jalan Bakam, Miri, selepas suspek dikenal pasti melalui usaha risikan.

“Dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai menjadi alat komunikasi utama suspek bagi melaksanakan perbuatan khianat tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farhan menambah, suspek kini ditempatkan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar dan kemungkinan kaitan dengan mana-mana pihak tertentu.

“Polis turut menasihatkan masyarakat agar tidak mudah mempercayai tawaran pinjaman wang tidak berlesen dalam talian serta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah bagi membantu menjaga keselamatan komuniti setempat,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira