ARTIKEL

Keadaan rumah mangsa yang runtuhan di Jalan Stampin Baru, Kuching, awal pagi tadi.

Lelaki tempatan 58 tahun maut dalam kejadian rumah runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki maut dalam kejadian rumah runtuh di Jalan Stampin Baru di sini pada awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Daniel Teo Wee Chiet, mangsa, Lim Inn Tong, 58, ditemukan di bawah runtuhan dalam kejadian 2.30 pagi itu.

“Sejurus pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya sampai di lokasi, pasukan mengesahkan sebuah rumah jenis kekal telah runtuh di lokasi itu,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Daniel, berdasarkan maklumat daripada orang awam, terdapat mangsa di dalam rumah tersebut.

Pasukan bomba, katanya, bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi, dan berjaya menemukan seorang lelaki tidak sedar di bawah runtuhan.

“Pada jam 4.05 pagi, mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan, dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU