ARTIKEL

Lelaki tempatan dipenjara lima tahun cederakan orang lain sehingga parah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki tempatan kerana menyebabkan kecederaan parah seorang lelaki berusia 23 tahun dalam satu kejadian di belakang sebuah pusat hiburan, Ogos tahun lalu.

Delly Dunggat Richard Juti, 20, bekerja sebagai pembantu kedai keranda itu mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Desmond, 23, dengan memukul menggunakan sebatang kayu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di belakang tempat letak kereta sebuah pusat hiburan, Jalan Canna, sekitar jam 2.30 pagi, 28 Ogos 2023.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pihak polis menerima panggilan daripada seorang pegawai perubatan mengenai seorang lelaki telah mengalami pendarahan di kepala akibat dipukul oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali.

Kemudian, pihak polis membuat tangkapan terhadap seorang lelaki di pekarangan sebuah pusat hiburan pada hari berikutnya kerana dipercayai terlibat mencederakan mangsa.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh dengan sengaja mencederakan mangsa dengan cara menumbuk dan memukul kepala menggunakan sebatang kayu di kawasan tempat letak kenderaan belakang sebuah pusat hiburan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fauzan Zamri memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran dan mengambil kira kepentingan awam.

Manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira