ARTIKEL

rampasa barangan tanpa cukai, Alexson Naga Chabu
Minuman beralkohol yang dirampas oleh polis Miri di sebuah premis semalam.

Lelaki tempatan ditahan, disyaki menjual rokok dan minuman keras tanpa cukai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan ditahan oleh pihak polis di sebuah premis di sini semalam kerana disyaki terlibat dalam penjualan rokok dan minuman beralkohol tanpa cukai.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh polis dari Batalion 12 PGA Miri sekitar jam 11 pagi.

Bungkusan rokok pelbagai jenama turut dirampas dalam serbuan tersebut.

“Semasa serbuan dijalankan, pihak polis merampas 1,450 karton rokok pelbagai jenama dan 50 kotak minuman keras.

“Anggaran kesemua nilai rampasan yang dibuat adalah sebanyak RM765,840,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Berhubung tangkapan tersebut, Alexson berkata bahawa permohonan reman suspek telah dikemukakan kepada Mahkamah Majistret Miri dan diluluskan selama lapan hari untuk membantu siasatan.

Sementara itu, beliau menyarankan masyarakat Miri yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan dan menyalurkan maklumat atau menghubungi talian 085-433730.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU