ARTIKEL

Kredit: Freepik.com

Lelaki tempatan mengaku bersalah pecah masuk rumah dipenjara 10 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana pecah masuk rumah seorang lelaki lalu mencuri segulung wayar berlainan warna, 9 Oktober lalu.

Krister Patrick Tini, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah dengan mencuri segulung wayar di Lorong Kenny Hill, sekitar 10.15 pagi, 9 Oktober lalu.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh didenda serta jika kesalahan itu ialah mencuri, maka tempoh penjara boleh dilanjutkan hingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu dilakukan kali kedua atau kemudian boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika disabit bersalah.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang berada di tempat kerja melihat individu yang tidak dikenali memanjat tembok pagar rumah di hadapan tempat kerjanya.

Individu tersebut dilihat memecahkan pintu pagar rumah serta berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan.

Pengadu kemudian memaklumkan kepada pihak polis kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekitar 30 minit kemudian, sepasukan polis dari Balai Polis Sekama berjaya menangkap tertuduh yang masih berada di dalam rumah tersebut.

Semasa pemeriksaan dijalankan, barang yang dicuri dan alat mencuri tertuduh telah dirampas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memecah masuk rumah mangsa dengan mencuri segulung wayar berdasarkan keterangan saksi, rakaman video kejadian dan rampasan barang kes.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU