ARTIKEL

Foto JBPM

Lelaki warga emas dilapor hilang di rumah panjang Engkilili

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENGKILILI: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah panjang ketika menghadiri upacara sembahyang di Rumah Merio Tambak, Engkilili.

Mangsa, Chin Shin Fah, 60, dikatakan berada di rumah panjang tersebut bersama-sama ahli keluarganya pada 3 Januari 2026 bagi menghadiri upacara sembahyang.

Namun pada kira-kira jam 11.30 malam, mangsa dilaporkan keluar dari ruai rumah panjang berkenaan dan tidak kembali semula.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh anak mangsa, kehilangan hanya disedari selepas mangsa gagal ditemui di sekitar rumah panjang.

Usaha pencarian awal dijalankan oleh ahli keluarga bersama-sama penduduk setempat, namun mangsa masih tidak dijumpai sehingga laporan polis dibuat pada petang 4 Januari.

Mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju berlengan panjang berwarna perak dan seluar pendek berwarna hitam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.58 malam sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian, sejauh kira-kira 30 kilometer.

Operasi diketuai oleh PBK I Noor Faqriakmal Jamari dengan kekuatan tiga anggota dan sebuah jentera EMRS.

Bagaimanapun, hasil perbincangan bersama pihak Polis Engkilili memutuskan operasi pencarian  ditangguhkan dan disambung hari ini berikutan keadaan gelap dan faktor keselamatan.

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian akan diteruskan dengan kerjasama agensi berkaitan.-TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road