ARTIKEL

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman sebelum menemui jasad mangsa dalam kebakaran di Jalan Minah Sarikei. | Foto BBP Sarikei.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas terperangkap dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah tidak kekal di Jalan Minah, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.33 tengah malam, sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukannya turut dibantu anggota dari BBP Bintangor bagi memperkukuh operasi pemadaman di lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos, namun pasukan menghadapi kesukaran akibat tekanan air rendah yang menjejaskan kelancaran operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran memusnahkan keseluruhan struktur rumah berkenaan, selain sebuah stor penyimpanan barang serta dua buah kenderaan yang turut terbakar sepenuhnya.

Ketika kejadian katanya, hanya lima individu berada di rumah kerana seorang lagi berada di Sibu atas urusan peribadi.

“Daripada lima penghuni tersebut, empat berjaya menyelamatkan diri sebaik api marak.

“Bagaimanapun, seorang lelaki warga emas dipercayai terperangkap di dalam rumah dan ditemukan rentung di kawasan bilik tidur.

Kita menemui jasadnya pada 2.18 pagi.

“Mayat mangsa yang berusia 97 tahun itu kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Keseluruhan operasi membabitkan 15 anggota dengan tiga jentera,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU