ARTIKEL

Lelaki yang tidur di dalam jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Lelaki itu terlelap di dalam jam, beralas detik yang letih

jarum panjang menjadi pagar, jarum pendek menghakimi sunyi

semalam disimpan seperti resit-resit kesalahan

angka-angka tersenyum nipis, menyindir lambatnya insaf

masa dijunjung sebagai tuan yang memungut usia

hati bekerja senyap, memikul beban penyesalan.

Ia terjaga, namun jam masih memeluk dadanya

bunyi tik menekan, mengikat langkah yang mahu pergi

janji lama melilit kaki yang ingin bebas

hidup mentertawakan dirinya dengan senyum sinis

penyesalan tiba tepat, seperti hutang bermeterai

hari-hari tunduk di hadapan masa yang keras.

Jam dihampar menjadi sejadah kesedaran

jarum dilepaskan, angka luruh menjadi tasbih

doa dipanjangkan, bukan untuk memutar waktu

hanya untuk membersihkan jejak yang masih ada

penyesalan dijahit dengan benang sabar

dan lelaki itu akhirnya terjaga dari jam.

JAYA RAMBA

Miri, Sarawak

10 Januari 2026

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU