NEW DELHI: Hubungan antara Pakistan dengan India berpotensi memasuki era baharu meskipun dilanda pertikaian yang berlarutan sejak sekian lama, kata wakil tertinggi Pakistan di India.
Dalam seruan untuk meningkatkan kerjasama serantau, Kuasa Usaha Saad Ahmad Warraich menegaskan bahawa Asia Selatan perlu maju ke hadapan dengan keamanan yang stabil, keselamatan yang setara dan kemakmuran yang dikongsi bersama.
“Pakistan secara konsisten berusaha menjalin hubungan baik dengan negara lain berdasarkan prinsip kesaksamaan kedaulatan, saling menghormati dan hidup bersama-sama secara aman.
“Pendekatan ini juga menjadi panduan dalam usaha kami membina hubungan damai dengan India,” kata Warraich dalam ucapannya sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan Pakistan di New Delhi pada Khamis.
“Apa yang diperlukan adalah semangat konstruktif—satu pendekatan yang mengutamakan usaha kolaboratif untuk mencari penyelesaian bersama dan bukan keputusan atau penyelesaian secara sepihak dengan paksaan. Jalan diplomasi kini lebih penting berbanding sebelumnya,” katanya.
Menurut Warraich, hubungan Pakistan-India boleh memasuki fasa baharu dengan meningkatkan persefahaman, menangani kebimbangan serantau, serta menyelesaikan pertikaian lama termasuk isu Jammu dan Kashmir.

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau
WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham


