ARTIKEL

Gambar Hiasan

LEMPARAN SENYUMAN LEBAR JAMBATAN BATANG LUPAR 1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Di dada Sungai Batang Lupar yang perkasa

terhampar senyuman selebar ufuk senja

Jambatan Batang Lupar 1 berdiri megah,

bagai urat nadi menyulam mimpi rakyat marhaen

4.844 kilometer meniti awan kemajuan negara

Tiangnya teguh mencakar langit waktu

disimbah cahaya harapan bumi Kenyalang

RM848.75 juta keringat pembangunan dicurahkan

daripada dana kerajaan Sarawak yang berjiwa besar

membina mercu tanda membuka mata dunia

Pada 21 Mei 2026 tercatat sejarah agung

tatkala Timbalan Premier Sarawak

DATUK AMAR DOUGLAS Uggah EMBAS

merasmikan jambatan penuh gemilang itu

gema tepukan rakyat bergulung seperti ombak Lupar

mengangkat maruah tanah ini ke puncak kebanggaan

Kini ia bukan sekadar jambatan besi dan batu

tetapi lambang denyut kemodenan Sarawak

tersergam indah bagai mahkota di hujung Borneo

menghubungkan desa, harapan dan masa depan

dalam pelukan pembangunan yang semakin mekar

Sehebat legenda Bujang Senang yang masyhur

begitulah gagah namamu meniti zaman

wahai Jambatan Batang Lupar 1 yang perkasa

lemparan senyumanmu merentasi sungai dan dunia

menjadi kebanggaan rakyat Sarawak selama-lamanya

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU