KUCHING: Keindahan di hulu empangan Bengoh menarik perhatian Datuk Len Talif Salleh apabila beliau dan rombongan melawat ke kawasan yang diibaratkan permata tersembunyi itu, semalam.
Malah, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu turut tidak melepaskan peluang melihat sendiri air terjun ‘Curtain’ dan Susung yang terletak di kawasan digelar Dunia Jurassic Sarawak itu.
Lawatan Len yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sarawak Delta Geopark (SDGp) adalah bersempena dengan Ekspedisi SDGp 2023.
Lawatan beliau dan rombongan berakhir di Kampung Sting untuk menikmati makan tengah hari.
Turut serta Ketua Bahagian Hutan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Tessy Nimos.
