ARTIKEL

PRESIDEN BDFA...Azmi Abdullah.

Liga Betong 2026: Saingan Bermula 25 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) akan menganjurkan Liga Betong 2026 (Tertutup Bahagian Betong).

Presiden BDFA, Azmi Abdullah memberitahu, liga kali ini terhad kepada lapan pasukan sahaja.

Menurut Azmi, saingan kali ini diadakan di dua lokasi berbeza iaitu Betong dan Saratok.

“Liga Betong 2026 dijangka disingkap tirainya pada 25 April depan.

“Aksi final dijadual berlangsung pada 20 Jun nanti,” ujar Azmi kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, semalam berlangsung mesyuarat di salah sebuah hotel terkemuka di Betong membabitkan exco badan induk berkenaan.

Tegas Azmi, pendaftaran sudah dibuka ketika ini dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Setiausaha Kehormat BDFA, Saiful Hanizam Suhaini di talian 013-5781440 atau Dolhan (012-8915550).

“Yuran pendaftaran bagi setiap pasukan yang ingin turut serta ialah RM1,000. Tarikh tutup pendaftaran pada 3 April depan,” katanya.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan pingat. Naib juara pula menerima wang tunai RM3,000, piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM1,500 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU