ARTIKEL

JUARA!!!!...Haji Azizul Annuar Adenan dan Billy Anak Sujang (tengah) bersama pemain Fadzio FT yang muncul juara Liga Lundu 2026. | FOTO: MOHD. AMIR SYUKRI

LIGA LUNDU 2026: Fadzio FT muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Fadzio FT menepati ramalan apabila muncul juara Liga Lundu 2026 selepas menewaskan Bajo Mix FC 2-0 pada aksi final di Kompleks Sukan Lundu, petang tadi.

Dua jaringan Abang Abu Bakar Abang Ahmad dan Mohamad Arman Rahhim pada minit ke-23 dan ke-61 memastikan kemenangan pasukan itu.

Kejayaan berkenaan membolehkan Fadzio FT membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Bajo Mix FC selaku naib juara pula menerima wang tunai RM3,000, piala dan pingat.

Sementara itu, Kesuka FC menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Sampadi FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan.

Kemenangan itu membolehkan Kesuka FC menerima wang tunai RM1,000, piala dan pingat, manakala Sampadi FC membawa pulang wang tunai RM700 dan piala.

Kesuka FC turut dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik, manakala penyerang Fadzio FT, Latherny Mckenzie Ak Tait, meraih anugerah Penjaring Terbanyak selepas meledak 11 gol.

Abang Abu Bakar Abang Ahmad pula dipilih sebagai Pemain Terbaik. Semua penerima anugerah individu menerima piala dan wang tunai.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan penyandang kerusi DUN N.3 Tanjong Datu, Haji Azizul Annuar Adenan dan penyandang kerusi DUN N.1 Opar, Billy Anak Sujang.

Hadir sama Pegawai Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup; serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Liga Lundu 2026 menghimpunkan 16 pasukan, dengan masing-masing lapan pasukan mewakili kawasan DUN N.1 Opar dan DUN N.3 Tanjong Datu.

BERITA LAIN

Penipuan dalam talian tidak pilih mangsa

JULAU: Kerugian akibat penipuan dalam talian di Sarawak yang mencecah ratusan juta ringgit sejak beberapa tahun lalu menunjukkan jenayah siber semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian

BERITA TERBARU

Penipuan dalam talian tidak pilih mangsa

JULAU: Kerugian akibat penipuan dalam talian di Sarawak yang mencecah ratusan juta ringgit sejak beberapa tahun lalu menunjukkan jenayah siber semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian