ARTIKEL

Liga Lundu 2026: Penentuan juara Fadzio FT, Bajo Mix esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Kempen Liga Lundu 2026 melabuhkan tirainya petang esok (Sabtu).

Ia sekali gus menyaksikan pertembungan penuh dramatik dua finalis – Fadzio FT dan Bajo Mix FC untuk pemburuan gelaran juara musim ini.

Sukar untuk meramal pasukan manakah yang akan menjulang piala berprestij itu dalam keadaan kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing mencakupi pelbagai aspek.

SEMAKIN MENYERLAH… Bajo Mix FC

Sepak mula perlawanan esok dijadualkan pada 3:30 petang di Kompleks Sukan Lundu.

Sementara itu, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara Kesuka FC dengan Sampadi FC turut berlangsung sama esok bermula pukul 1:30 petang.

Perlawanan terbabit juga dijangka sengit kerana misi kedua-dua pasukan mahu memastikan kemenangan dapat diperoleh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU