PENYERANG kebangsaan, yang juga bekas penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha, 34, (Mat Yo) bersiap sedia untuk memulakan tugas pada hari pertama bersama pasukan baharu, Sarawak United FC (SUFC) di Kuala Lumpur petang Selasa.
Setelah semusim menabur bakti bersama kelab elit Thailand, BG Pathum United, Mat Yo kini tidak sabar untuk menabur bakti dengan SUFC.
Bekas tonggak utama Kelantan itu mengakui begitu teruja untuk bekerjasama dengan E. Elavarasan (jurulatih) dan B. Sathianathan (Penasihat Teknikal).
Beliau mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Sathianathan. Bagi Sathia, Mat Yo merupakan aset penting SUFC.
“Kita panggil Mat Yo dan beberapa pemain handalan lain, termasuk import asing berkualiti, kerana kita mahu mengembalikan era gemilang pasukan Sarawak,” kata Sathia.
Selain Mat Yo, SUFC turut disertai seorang lagi bekas pemain JDT, Amer Saidin, serta bekas bintang Pahang dan Selangor, R. Gopinathan dan Christie Jayaseelaan.
Lebih menarik, SUFC akan diterajui, bintang Australia, Taylor Regan di bahagian pertahanan. Musim lalu, Regan merupakan kapten pasukan Selangor.
Turut disenaraikan ialah pemain tengah dari Brazil, Sandro Mendoca yang sebelum ini menjadi nadi pasukan Kedah dan Selangor dalam Liga Super.
Manakala beberapa pemain tempatan yang mewarnai SUFC ialah Ashri Chuchu, Tommy Mawat, Nor Shamie Iszuan, Alan Lagang, Shaiful Waizizi Mohammad, Aquila Abdul Rahman, Nor Azizi Ramlee, Abdul Rahim Abdul Razak dan Abdul Rahman Ismawi.
Menurut jurulatih SUFC, E. Elavarasan, semua pemain sudah pun berada di ibu kota dan bersiap sedia untuk berlatih, berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my