ARTIKEL

Gambar Hiasan

LIGA PIALA PSRC 2025: Padi FC tekad pertahankan kejuaraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jagoan sepanjang zaman, Padi FC kembali menghala fokus mereka pada persaingan Liga Piala Kelab Rekreasi Sukan Permai (PSRC) 2025.

Kelab yang semakin digeruni kredibiliti mereka ketika ini memasang impian untuk merangkul kejuaraan pada saingan kali ini.

Sekali gus, cuba mengekal status gelaran tersebut yang pernah dimenangi pada musim lepas.

Presiden Padi FC, Aslan Asmara memberitahu, mereka turun dengan status juara bertahan dan melihat ia sebagai tugas mencabar.

Bagaimanapu kata Aslan, beliau yakin dengan kemampuan barisan pemain yang dipertaruhkan pada kali ini.

“Sasaran untuk mempertahankan kejuaraan, itu misi utama kami pada kejohanan kali ini.

“Segalanya bukan mudah kerana bakal berdepan tekanan daripada pesaing yang lain. Apa-apa pun, saya yakin dengan kemampuan para pemain.

Beliau memberitahu, persiapan pasukannya dengan sesi latihan kini berjalan lancar mengikut jadual seperti dirancang.

“Selain berlatih, pemain turut diuji dalam beberapa aksi persahabatan.

“Ia merupakan landasan memperkemas jentera di semua posisi,” tambah Aslan.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha