Trending

Liga Premier 2022: KC FC dan PDRM FC berkongsi mata

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) berjaya memperolehi satu mata apabila mampu mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor petang tadi.

Dalam keadaan terpaksa beraksi dengan sepuluh orang selepas pemain pertahanan Mazwandi Zakeria dilayangkan kad merah minit ke-11 bersama pemain PDRM FC, Mohammad Nabil Ahmad Latpi.

Keputusan tersebut gagal mengubah kedudukan The City Boys yang kini dalam kelompok tiga terbawah dengan menggumpul 18 mata.

“Satu mata yang amat berharga bagi kita, walaupun peluang untuk meraih kemenangan tetap ada,” ujar Ketua Jurulatih KC C FC, Irfan Bakti Abu Salim kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Irfan, jika beberapa peluang dimiliki jentera serangannya berjaya diterjemah dengan jaringan mungkin kemenangan dapat berpihak kepada pasukannya.

Tegas Irfan, hampir sepuluh peluang terbaik dimiliki anak-anak buahnya sepanjang babak kedua yang menyaksikan percubaan gagal menepati sasaran.

“Babak kedua kita menguasai perlawanan, hampir sepuluh peluang yang ada tetapi percubaan dilakukan gagal menembusj gol pasukan lawan,” tambah Irfan.

Sambil berharap situasi tersebut tidak akan berulang untuk perlawanan selepas ini.

Skuad warga kota selepas ini akan menentang sang abang ‘Sarawak United FC’ digelanggang sama pad 7 September.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru