ARTIKEL

PRESIDEN SFA...Phillip Jabu.

LIGA PREMIER SARAWAK 2025: Serian Tetap Berwaspada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu, mengakui tidak ada jalan mudah untuk pasukannya melangkah ke peringkat seterusnya selepas mara ke kumpulan lapan terbaik Liga Premier Sarawak 2025.

Undian perlawanan peringkat suku akhir yang diadakan baru-baru ini menyaksikan juara Zon Selatan itu, dikendalikan jurulatih berpengalaman Edward Jamid Unting, berdepan Kapit di gelanggang lawan pada 10 Januari depan.

SILATURAHIM…Phillip Jabu (duduk keempat dari kiri) merakam gambar bersama sebahagian tetamu yang hadir.

Phillip percaya tekanan lebih mencabar menanti anak buahnya dalam perlawanan timbal balik itu.

“Saya tidak melihat adanya laluan mudah untuk kami melepasi saingan peringkat suku akhir nanti.”

“Saya percaya pasukan lawan (Kapit) lebih bersedia untuk mengharungi perlawanan itu kelak. Oleh yang demikian, kami akan lebih berwaspada bukan sahaja melibatkan perlawanan di gelanggang lawan, malah di laman sendiri,” ujar Phillip ketika ditemui Arena Suara Sarawak pada Majlis Rumah Terbuka Krismas di kediamannya, semalam.

Phillip mengakui, perlawanan di peringkat kalah mati itu sememangnya berbeza berbanding aksi di peringkat liga.

“Tempoh rehat yang ada memberi peluang buat semua pasukan terlibat memperkemaskan jentera masing-masing.”

“Justeru, ia bagaikan penanda aras untuk kami bersedia menghadapi perlawanan itu nanti,” tambahnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira