ARTIKEL

SEMAKIN MENYERLAH…Barisan pemain SAFC.

Liga Remaja Petronas 2025: SAFC sasar tiga terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Kelab Bola Sepak Safri Amit (SAFC) berada pada landasan terbaik untuk mengharungi Kejohanan Bola Sepak Liga Remaja Petronas 2025 yang kini rancak berlangsung di Bintulu.

Skuad berpangkalan di Sarikei itu dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman luas, Safri Amit dan dibarisi pemain berbakat yang juga anak muda dari bandar nanas berkenaan.

Justeru mereka menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga teratas pada liga berkenaan bagi melayakkan diri berentap di pusingan akhir.

“SAFC yang lebih dikenali sebagai SAFC Akademi Sarikei ditubuhkan dan diluluskan secara rasmi sebagai badan sukan berdaftar pada 20 Mei lalu, bertujuan sebagai platform dalam menyediakan program latihan dan pembangunan bola sepak membabitkan kalangan belia bagi pelan jangka panjang di Bahagian Sarikei dan Tanjung Manis,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, dengan konsep menerapkan elemen ‘mentaliti kemenangan’ pada setiap perkara menjurus kepada pembinaan minda ke arah peningkatan berterusan, daya tahan dalam mencapai matlamat jangka panjang.

“Selain itu, kami cuba untuk fokus membangunkan keyakinan, jati diri, disiplin dan tabah mengharungi kesukaran dengan melihat masalah sebagai peluang untuk berkembang serta mengekalkan sikap positif dan tekad untuk terus maju,” tambah Safri.

DENGAR SINI..Safri Amit (kanan) ketika memberi taklimat ringkas kepada pemainnya.

Pasukan terbabit bermula langkah kanan apabila berjaya mencatat kemenangan (3-0) ke atas KV Miri Landas Youth Team aksi pertama yang bermula pada 5 Oktober lalu.

Justeru, Safri berharap prestasi hebat dipamer pemain pasukannya itu dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk mengekal momentum terbabit.

“Dua perlawanan bakal dilalui pemain Ahad ini menentang My Team X SMKAI dan Leetonia JR.

“Fokus kami cuba mencatat kemenangan pada kedua-dua perlawanan itu untuk memudahkan perjalanan melangkah ke peringkat seterusnya,” jelas Safri.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road