ARTIKEL

BURU KEMENANGAN KEDUA...Pemain LPFC mahu mengekalkan momentum kemenangan menjelang aksi menentang Sambir Bistari petang esok.

LIGA SAMARAHAN 2026: LPFC mahu kekal konsisten

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: LPFC mahu meneruskan momentum kemenangan pada kempen Liga Samarahan 2026.

Perlawanan menentang Sambir Bistari di Padang Sintetik UNIMAS petang esok mahu dijadikan sebagai landasan terbaik ke arah itu.

Pengurus LPFC, Mohamad Azlan Sebi memberitahu bahawa fokus utama pemainnya adalah untuk memastikan kemenangan.

“Segalanya bukan mudah kerana kita tahu pasukan lawan (Sambir Bistari) juga berprestasi terbaik ketika ini,” ujar Azlan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Azlan, beliau mahu barisan kesebelasan utama yang diturunkan esok dapat memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan.

“Kita tidak mahu pemain alpa dan hilang fokus sebagaimana perlawanan pertama tempoh hari.

“Yang pasti pemburuan jaringan demi jaringan diharap dapat direalisasikan sepenuhnya oleh pemain,” tambah Azlan.

Pasukan LPFC bermula positif dalam kempen musim ini apabila berjaya meraih kemenangan tipis 4-3 ke atas D’Cederio FC pada aksi pertama mereka pada hujung minggu lepas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU