ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG…Poster rasmi Liga Samarahan 2026.

Liga Samarahan 2026: Saingan Bermula 13 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Liga Samarahan 2026.

Acara berprestij badan induk berkenaan dijadual bermula pada 13 Jun depan, dengan hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000 menanti tiga kelompok terbaik.

Presiden PBBS, Mohd. Azri Johari memberitahu, kuota terhad kepada lapan pasukan sahaja untuk kempen kali ini.

Menurut Azri, hadiah wang tunai RM5,000 beserta piala dan pingat untuk pasukan yang berjaya muncul juara.

Naib juara akan menerima wang tunai RM3,000, piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

“Kita mengalu-alukan pasukan berminat untuk menyertai liga musim ini.

“Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Amry Sapiee di talian 019-8585040, Mahmud Molok di talian 011-19278591, Satar Laili di talian 016-3718587 dan Mohd. Iskandar di talian 013-8140686,” tegas Azri.

Katanya, yuran pendaftaran RM1,500 untuk setiap pasukan yang ingin turut serta.

Format digunakan secara liga kumpulan untuk peringkat awal dan dua pasukan teratas layak ke separuh akhir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU