ARTIKEL

KETUA JURULATIH...Rozaini Romainor

Liga Samarahan 2026: Tiga Mata Buruan Gedong Unity

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tiga mata mutlak menjadi fokus utama skuad Gedong Unity apabila turun pada aksi buka tirai kempen Liga Samarahan 2026 menentang GEN16 di Padang Sintetik, UNIMAS, Kota Samarahan petang esok Sabtu.

Ketua jurulatih, Rozaini Romainor menegaskan, beliau melihat tidak tersedia jalan mudah untuk pemainnya bagi menggapai misi awal berkenaan ekoran tidak mengetahui status pasukan lawan tersebut.

Rozaini mengingatkan pemainnya agar sentiasa berwaspada sepanjang tempoh 90 minit perlawanan sebenar nanti.

“Kita tidak mengetahui kekuatan pasukan lawan. Justeru, saya ingatkan kepada pemain agar sentiasa berwaspada,” ujar Rozaini kepada Arena Suara Sarawak.

“Diharap barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan petang esok dapat menterjemah strategi yang akan diguna pakai dengan sebaiknya,” tambah Rozaini.

Nama Gedong Unity bukanlah asing bagi peminat bola sepak tempatan.

Reputasi hebat dimiliki dengan aura juara Liga Serian 2024 yang setentunya mampu mencetuskan kebimbangan buat pesaing sedia ada.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU