ARTIKEL

SETIAUSAHA FASA... Alfred Kendim.

Liga Sri Aman 2025: Sepak mula 2 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Kejohanan Bola Sepak Liga Sri Aman, Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025 kembali menemui peminat.

Saingan berprestij anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA) itu akan disingkap tirainya pada 2 Ogos depan.

Setiausaha Kehormat FASA, Alfred Kendim memberitahu, saingan musim ini terhad kepada lapan pasukan sahaja dan khas untuk pasukan yang berpangkalan di Bahagian Sri Aman.

“Kita sudah pun membuka penyertaan, pasukan yang berminat dan ingin mengetahui sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi saya di talian 013-8248062,” ujar Alfred kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil itu, beliau menyatakan tarikh akhir pendaftaran pada 30 Julai ini dan hanya pemain yang juga anak jati Sri Aman atau mereka yang bekerja di bahagian terbabit (Sri Aman) boleh menyertai pasukan bertanding.

“Objektif penganjuran liga ini adalah untuk memilih pemain bagi mewakili Sri Aman bersaing di pentas Liga Premier Sarawak 2025,” tambah Alfred yang turut memberitahu sesi cabutan undi akan diadakan pada 31 Julai ini.

Katanya, pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM6,000 termasuk piala dan pingat.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM3,000 selain piala dan pingat.

Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat. Berbanding, hadiah berupa pingat untuk pemenang tempat keempat.

“Pada penganjuran liga kali ini, pihak kita menyediakan hadiah untuk pasukan terbaik, pemain terbaik perlawanan akhir dan penjaring terbanyak,” menurut Alfred.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha