ARTIKEL

LIGA SSC-FAS 2021: Samarahan, Serian janji bangkit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua skuad ‘underdog’ Kumpulan Zon Selatan iaitu Samarahan FA dan Serian FA memasang impian untuk beroleh tiga mata mutlak tatkala turun berdepan lawan masing-masing, petang esok (Sabtu).

Skuad Samarahan FA akan berdepan Kuching City FC II (KC FC II) di Stadium Unimas, Kota Samarahan manakala jiran mereka, Serian FA akan bersemuka skuad pelapis Sarawak United FC II (SU FC II) di Padang D, Petra Jaya.

Perlawanan melibatkan empat pasukan terbabit akan bermula jam 4.00 petang.

Di atas kertas, dua pasukan pilihan (KC FC II & SU FC II) dilihat tidak berdepan masalah meneruskan kecemerlangan mereka.

Namun, segala kemungkinan boleh berlaku dengan misi dan visi yang menjadi penanda aras sama ada bagi pasukan Samarahan FA mahupun Serian FA.

Ketua Jurulatih Samarahan FA, Mohammad Sapian Mohamed Kassim menegaskan, mereka akan tampil dengan corak permainan berbeza untuk pertemuan dengan KC FC II petang esok.

“Tiga mata menjadi buruan kami, walaupun pemain dijangka berdepan tugas mencabar. Namun, kami akan cuba mempamer aksi kebangkitan untuk merealisasi impian tersebut,” tegas Sapian kepada Arena Suara Sarawak.

Pengemudi Serian FA, Makri Lonchen menegaskan, pemainnya siap sedia untuk mengharungi perlawanan berdepan SU FC II petang esok.

“Pemain dilihat bagaikan tidak sabar untuk beraksi dan berazam melakukan kejutan keatas skuad pelapis negeri itu,” tegas Makri.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha