ARTIKEL

SUAI KENAL...Datuk Fazzrudin Abdul Rahman (tengah) diperkenalkan kepada pemain.

Liga Super 2026/2027: Kuching City Buru Sembilan Pemain Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengerusi Kuching City FC, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman meluahkan keterujaan dengan perancangan kelab terbabit untuk mendapatkan lapan hingga sembilan pemain baharu bagi menghadapi musim baharu, termasuk pemain yang berpengalaman dalam Liga Super Malaysia serta seorang pemain import dari Indonesia.

Beliau menegaskan, kelab terbabit membuat persiapan menghadapi musim yang mencabar dengan jadual perlawanan yang padat, sekali gus memerlukan lebih ramai pemain berkualiti di setiap posisi.

Beliau berkata, pasukan dijangka beraksi setiap tiga hingga empat hari pada musim baharu itu.

“Keadaan ini sahaja memerlukan kami mempunyai lebih ramai pemain di setiap posisi,” katanya.

Beliau menambah, beberapa pemain yang menjadi sasaran merupakan nama yang sudah dikenali dalam Liga Super Malaysia, manakala seorang lagi ialah pemain import dari Liga Indonesia.

Pemain berkenaan difahamkan mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC, yang diyakini mampu membawa pengalaman berharga kepada pasukan.

Pihak pengurusan KCFC dijangka mengumumkan senarai pemain baharu sebaik sahaja urusan dimuktamadkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU