ARTIKEL

Lima lelaki didenda ulang kesalahan merokok di kawasan larangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Lima lelaki tempatan dikenakan hukuman denda selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sibu pada Selasa lalu kerana mengulangi kesalahan merokok di kawasan larangan.

Menurut jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Bahagian Sibu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, dibaca bersama Peraturan 3(4) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pengisytiharan Kawasan atau Tempat Larangan Merokok) 2024.

“Dalam prosiding di hadapan Majestret Romario Jonoi, empat tertuduh yang tidak diwakili peguam masing-masing dikenakan denda RM500 atau penjara dua minggu sekiranya gagal membayar.

“Tertuduh kelima diadili di hadapan Majistret Oon Kork Chern dan dijatuhkan hukuman denda RM450 atau penjara satu hari sekiranya gagal membayar,” katanya dalam kenyataan.

Tambah jurucakap itu, kesemua mereka dilaporkan telah menyelesaikan bayaran denda.

Siasatan katanya mendapati semua tertuduh ialah pesalah berulang (residivis) yang mengulangi kesalahan dalam tempoh tahun yang sama.

“Beberapa tertuduh didapati mengulangi kesalahan dalam tempoh kurang sebulan, termasuk di kawasan tumpuan awam seperti Terminal Bas Sibu dan premis makanan.

“Sikap degil pesalah tidak hanya melanggar undang-undang, tetapi turut membahayakan orang awam akibat asap rokok.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,