ARTIKEL

HANGUS…Lima unit kedai terbakar di Jalan Chung Hua di sini.

Lima unit kedai dua tingkat terbakar di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima unit kedai dua tingkat di belakang CIMB Bank, Jalan Chung Hua Pasar Serian di sini dilaporkan terbakar dalam nahas yang berlaku hari ini.

HANGUS…Lima unit kedai terbakar di Jalan Chung Hua di sini.

Komander Operasi PgKB II Kurung Suwen berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.24 petang dan menggerakan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.

“Pasukan daripada BBP Siburan, BBP Batu Lintang, BBP Tabuan Jaya turut dikerah ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Menurut Kurung, kebakaran melibatkan lima unit lot kedai dua tingkat berkeluasan 10 x 24 kaki persegi.

Katanya, pasukan menggunakan dua aliran empat pancutan, satu pancutan di belakang bangunan dan tiga pancutan di hadapan bangunan.

“Bantuan ‘Skylift’ digunakan untuk membuat pemadaman dari bahagian atas,” katanya

Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan untuk mengawal kebakaran setakat laporan ini ditulis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU