ARTIKEL

Datuk Liwan Lagang. | FOTO: UKAS

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang.

Beliau berkata, secara keseluruhan, liputan Internet mengikut kawasan penempatan di Sarawak mencapai 94.5 peratus dengan sokongan 4,696 menara telekomunikasi setakat Disember 2025.

Menurutnya, antara inisiatif bagi menangani masalah kawasan liputan telekomunikasi terhad ialah pelaksanaan Fasa 2 Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Inisiatif itu melibatkan pembinaan menara telekomunikasi baharu serta penyediaan penyelesaian Internet berasaskan satelit di luar grid di 337 lokasi.

“Projek berkenaan kini dalam peringkat tender dan dijangka bermula pada suku pertama 2027,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin pada Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan berkaitan keberkesanan infrastruktur Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) dalam menangani jurang kesalinghubungan di kawasan bandar dan luar bandar, Liwan berkata, kemudahan itu membantu memperluas akses Internet kepada komuniti yang sukar mendapat perkhidmatan jalur lebar konvensional.

Katanya, sebanyak 618 menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) dan 196 menara telekomunikasi lain menyediakan kesalinghubungan menerusi perkhidmatan MySRBN di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, perkhidmatan itu menggunakan teknologi Jalur Lebar Tanpa Wayar Tetap (FWB) bagi menyediakan akses Internet berkelajuan tinggi kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berdepan kekangan infrastruktur.

Usaha itu turut dilengkapi perkhidmatan gentian optik berkelajuan tinggi terus ke rumah (FTTH) menerusi MySRBN XL dengan memanfaatkan infrastruktur titik kehadiran (PoP) bagi memperluas capaian Internet kepada pengguna.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU