ARTIKEL

Liwat kanak-kanak, seorang remaja ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang remaja ditangkap kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak lelaki di sini, semalam.

Dalam kes yang dilaporkan berlaku di Kampung Hilir sekitar jam 10 pagi, suspek berusia 14 tahun melakukan perbuatan itu di rumah mangsa ketika tiada orang di rumah.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandi Anis berkata mangsa, 6, yang kesakitan dan ketakutan selepas diliwat, kemudian memberitahu ibunya tentang kejadian.

Terkejut dengan apa yang berlaku, ibu mangsa, 27, segera ke Balai Polis Serian untuk membuat laporan.

“Pengadu (ibu mangsa) diberitahu oleh anaknya telah dipanggil masuk oleh suspek ke dalam rumah dan memasukkan kemaluannya ke dalam duburnya.

“Kejadian berlaku di rumah pengadu ketika dia tiada di rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswandi berkata suspek yang tidak lagi bersekolah telah ditangkap pada petang semalam dan akan ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Manakala mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan pemeriksaan.

Katanya berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek dan mangsa hanga kenalan dan tidak ada hubungan persaudaraan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road