ARTIKEL

Safiee (duduk) menandatangani buku pelawat semasa lawatan ke Tangki Aras Tinggi Daro di Kampung Badong, hari ini.

Loji air baharu perkukuh bekalan air bersih Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Projek Acute Water System di Daro menunjukkan bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam memenuhi keperluan asas penduduk luar bandar.

TINJAU… Julaihi dan Safiee meninjau keadaan di kawasan tersebut.
RAKAM KENANGAN… Julaihi dan Safiee merakam kenangan bersama yang lain selepas tinjauan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, projek tersebut telah menambah kapasiti bekalan air bersih di kawasan tersebut.

“Rakyat Daro sememangnya amat menghargai usaha kerajaan negeri, khususnya Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di bawah pimpinan Datuk Seri Julaihi Narawi yang telah meluluskan projek ini.

“Walaupun pembangunan loji baharu ini penyelesaian jangka pendek tetapi memberi impak tinggi kepada penduduk sementara menunggu pelaksanaan sistem grid air menyeluruh yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Acute Water System Daro, di Kampung Pangtray, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, dengan tambahan loji baharu yang berkapasiti empat juta liter sehari (MLD), bekalan air di kawasan Daro mencukupi.

Ia digabungkan dengan bekalan sedia ada daripada Loji Rawatan Air Daro dan Jemoreng, menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 6 MLD.

Sehubungan itu, Safiee memberitahu bahawa lebih 80 peratus saluran paip lama di Daro telah diganti.

“Namun, penambahan kapasiti ini memerlukan pelaksanaan segera saluran paip baharu bagi menampung tekanan tinggi daripada loji terkini.

“Bukan itu sahaja, turut diberi perhatian ialah tangki aras tinggi di Daro yang kini telah bertambah daripada 1 MLD kepada 4 MLD.

“Dengan adanya penambahan ini, menjadikan Daro antara daerah luar bandar yang memiliki kemudahan penyimpanan air bersih lengkap di negeri ini,” tambahnya.

Selepas majlis tersebut, Safiee bersama Julaihi turut meninjau kawasan Tangki Aras Tinggi Daro di Kampung Badong.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat