ARTIKEL

Menteri Pengangkutan Anthony Loke bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pas Bulanan MyPutrajaya dan MyKLIA anjuran Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di KLIA Terminal 2.

Loke gesa fitnah terhadap dirinya dihentikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke hari ini menyifatkan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pemberian dana dalam jumlah besar kepada entiti yang didakwa sebagai haram serta mengaitkan perkara itu dengan kemelut institusi diraja di Negeri Sembilan sebagai fitnah besar.

Beliau berkata laporan berhubung perkara itu telah dibuat oleh Setiausaha Politiknya, Ho Weng Wah semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

“Dia (Chegubard) cuba mengaitkan saya dengan mendakwa saya memberikan dana kepada pihak yang cuba menimbulkan kekacauan atau mengeruhkan keadaan institusi Undang di Negeri Sembilan… ini satu fitnah besar,” katanya.

Loke berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pas MyKLIA Monthly TravelCard dan MyPutrajaya Monthly TravelCard di KLIA Ekspres dan KLIA Transit di KLIA Terminal 2 di sini.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat Ho terhadap Chegubard, atau Badrul Hisham Shaharin, susulan satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata DAP kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun dan tidak bersetuju dengan sebarang usaha menukar Menteri Besar Negeri Sembilan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU