ARTIKEL

FOTO dikeluarkan oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) pada 25 No-vember 2026, menunjukkan anggota penyelamat dan sukarelawan tempatan membawa jenazah seorang mangsa, yang ditemukan di sebuah lombong emas haram yang dilanda banjir di Nanggung, daerah Bogor, wilayah Jawa Barat.-AFP

Lombong emas haram ragut tiga nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Tiga orang ditemukan maut manakala 23 lagi dipercayai masih terperangkap selepas hujan lebat menyebabkan terowong lombong emas haram ditenggelami air di wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Isnin, dengan operasi menyelamat diteruskan pada Rabu.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jakarta, Desiana Kartika Bahari berkata, ketiga-tiga mayat ditemukan pada Rabu antara 12.20 tengah hari hingga 1.48 tengah hari waktu tempatan di dalam lombong pada kedalaman antara 30 hingga 40 meter di Nanggung, Kabupaten Bogor.

Beliau berkata identiti mangsa belum dikenal pasti, manakala usaha menyelamat berdepan kesukaran berikutan kedalaman lubang lombong, laluan masuk yang sempit dan pencahayaan terhad.

“Kami sedang menyelaras usaha dengan semua pihak dalam pasukan mencari dan menyelamat gabungan untuk memantau keadaan air dan menilai akses ke lubang lombong.

“Kedalaman lubang lombong, laluan masuk yang sempit dan pencahayaan terhad merupakan antara faktor yang diambil kira dalam menentukan langkah seterusnya dalam operasi pencarian bagi memastikan keselamatan anggota,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Desiana berkata anggota Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) serta agensi lain telah menjalankan penilaian keadaan di lokasi kejadian dan mengepam keluar air dari lubang lombong yang dianggarkan sedalam 100 meter itu sejak 8.30 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan awal polis yang dipetik agensi berita Antara, pelombong terbabit terperangkap selepas hujan lebat menyebabkan air Sungai Ciseureuh menenggelami terowong perlombongan haram di kawasan lombong emas Pongkor.

Agensi berita nasional itu melaporkan bahawa meskipun terowong lombong haram berkenaan terletak dalam kawasan konsesi Antam, syarikat itu menjelaskan bahawa insiden berkenaan melibatkan kegiatan perlombongan tanpa kebenaran dan bukan sebahagian daripada operasinya.

Terletak kira-kira 70 kilometer di selatan Jakarta, Pongkor merupakan antara kawasan pengeluaran emas utama Indonesia dan diuruskan oleh syarikat perlombongan milik kerajaan, Antam.-Bernama 

BERITA LAIN

Nepal isytihar mangsa hilang

KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal memaklumkan pada Khamis bahawa negara itu telah memulakan proses untuk mengisytiharkan secara sah kematian ribuan orang yang masih hilang susulan bencana

BERITA TERBARU

Nepal isytihar mangsa hilang

KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal memaklumkan pada Khamis bahawa negara itu telah memulakan proses untuk mengisytiharkan secara sah kematian ribuan orang yang masih hilang susulan bencana

Pemerkasaan belia, prasarana teras pembangunan Satok

KUCHING: Peluang keusahawanan untuk golongan muda dan kemudahan masyarakat menjadi antara keutamaan Datuk Ibrahim Baki dalam perancangan pembangunan kawasan Satok sekiranya terus diberi mandat sebagai