ARTIKEL

MAUT… Lokasi kejadian di mana lori berkenaan dipercayai terbabas.

Lori hilang kawalan, kelindan maut dan dua mangsa cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang kelindan lori maut, manakala pemandu dan seorang lagi kelindan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori sampah jenis rigid di Jalan Teluk Bandung, Santubong, pada Isnin.

Kemalangan berlaku sekitar jam 10.20 pagi ketika lori Isuzu milik sebuah syarikat dalam perjalanan dari Kampung Santubong ke Jalan Teluk Bandung bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sampah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Mangsa, seorang kelindan berusia 28 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 9.11 malam tadi oleh pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemandu lori berusia 35 tahun kini sedang dirawat di Zon Kuning HUS, manakala kelindan kedua berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah Merbin, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau membahayakan.

Jika disabit kesalahan, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga sepuluh tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU