ARTIKEL

LRT Masjid Jamek Jadi Projek Rintis Penambahbaikan Papan Tanda – Loke

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Projek rintis penambahbaikan papan tanda penunjuk arah akan dilaksanakan di Stesen LRT Masjid Jamek, dengan reka bentuknya berpotensi diperluas ke stesen lain sekiranya pelaksanaan berjaya dan mendapat sambutan baik.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu merupakan satu daripada empat komponen Fasa Ketiga Projek Pengindahan Stesen LRT Masjid Jamek yang melibatkan pelaburan RM5 juta oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Beliau berkata penambahbaikan sistem pandu arah itu merangkumi papan tanda di sekitar stesen bagi memudahkan pergerakan pengguna, termasuk pelancong asing.

“Jadi stesen ini akan dinaik taraf dari segi wayfinding, termasuk semua papan tanda.

“Kalau ini berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan baik, maka reka bentuk daripada papan tanda stesen ini akan diperluaskan kepada semua stesen yang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Dr Prodyut Dutt serta Pengarah Urusan Think City Datuk Hamdan Abdul Majeed.

Loke berkata projek itu turut melibatkan peningkatan pencahayaan di Jalan Tun Perak susulan maklum balas pengguna mengenai keadaan agak gelap di luar stesen pada waktu malam.

Beliau berkata kawasan Jalan Benteng pula akan dinaik taraf untuk menyediakan ruang kafe dan rekreasi, selain penambahan tanaman di platform bagi mewujudkan persekitaran lebih hijau serta selesa.

Loke berkata stesen berkenaan digunakan kira-kira 46,000 penumpang sehari, dengan jumlah pengguna boleh meningkat pada hujung minggu atau ketika acara besar berlangsung di kawasan sekitar.

“Peluang menyediakan ruang niaga kepada golongan berpendapatan rendah turut dibincangkan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, dengan kegiatan perniagaan perlu mematuhi prosedur pelesenan, selamat dan tidak menghalang pergerakan pengguna,” katanya.

Menurut Prasarana, keseluruhan projek pengindahan yang dilaksanakan secara berfasa sejak 2025 dengan kerjasama Think City itu dijangka siap pada penghujung 2027. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

JAKKSA santuni keluarga kurang berkemampuan di Undop

SIMANGGANG: Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA) menyantuni keluarga kurang berkemampuan menerusi program ziarah prihatin di Rumah Panjang Rangga, Sungai Tenggak A, Undop,