ARTIKEL

Liga Setia Raja MuFA 2024 suku akhir LSRM perlawanan bola sepak Kuching pasukan terbaik LSRM akhiri saingan Liga MuFA
PILIHAN JUARA... Squad Rhinos.

LSRM 2024: Aksi suku akhir hujung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen Liga Setia Raja MuFA 2024 (LSRM 2024) kini memasuki peringkat suku akhir, dengan lapan pasukan terbaik bersaing untuk merebut gelaran juara edisi kali ini selepas melepasi saingan peringkat kumpulan.

Presiden MuFA, Khairul Anuar Adeni, menegaskan bahawa dari lapan pasukan terbabit, empat merupakan juara setiap kumpulan, manakala empat lagi adalah naib juara yang ditetapkan sebelum ini.

“Saingan peringkat suku akhir akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, melibatkan lapan pasukan terbaik dari empat kumpulan.

“Dua perlawanan akan diadakan pada hari Sabtu dan dua lagi pada hari Ahad,” ujar Khairul kepada Arena Suara Sarawak.

Perlawanan pada hari Sabtu menyaksikan Leetonia FC menentang MY Team di Padang Mesra MDDM, dan Al Falah FC bertemu PP Academy di Padang SSC.

Sementara itu, dua lagi perlawanan pada hari Ahad adalah antara Squad Rhinos menentang Jepak 67 di Padang Mesra MDDM, dan Banqku FC melawan Auslander FC di Padang SSC.

Khairul mengakui bahawa pertembungan ini dijangka menarik dan memberikan saingan sebenar.

“Perlawanan peringkat suku akhir akan menggunakan format kalah singkir, dan fokus adalah untuk memastikan kemenangan bagi semua lapan pasukan tatkala berdepan lawan masing-masing,” jelasnya.

Aksi peringkat separuh akhir yang melibatkan empat pasukan terbaik pula akan berlangsung pada 4 Januari 2025.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha