ARTIKEL

MARA KE FINAL…Barisan pemain My Team bersorak kegembiraan merai kejayaan mara ke final. - FOTO FAIZAL BUJANG

LSRM 2024: My Team tepati ramalam mara ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Skuad handalan, My Team tidak berdepan masalah untuk mara ke perlawanan akhir Liga Setia Raja MuFA 2024 (LSRM 2024) selepas menumpaskan Al Falah FC (2-1) pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Padang Mesra MDDM, petang tadi.

Bekas penggempur berbisa Kuching City FC, Sufizal Ismail muncul wira My Team apabila menjaringkan kedua-dua gol terbabit pada minit ke-58 dan 83.

REBUT…Penyerang Al Falah FC, Mohamad Hirzi Talip (depan) mengawal bola sambil disaing dua pemain My Team pada perlawanan yang berlangsung petang tadi. – FOTO FAIZAL BUJANG

Ia sekali gus menempah slot bagi pemburuan gelaran juara piala berprestij itu.

Sementara itu, gol tunggal Al Falah FC dijaringkan oleh Mohamad Hirzi Talip pada minit ke-60.

Lawan My Team dipentas final yang dijadual berlangsung pada 11 Januari nanti, menunggu pemenang dalam satu lagi aksi separuh akhir di antara Squad Rhinos dan BanQku FC di gelanggang sama petang esok.

Aksi seimbang diperaga pemain kedua-dua pasukan terutama di babak pertama.

My Team sebenarnya boleh melepasi difisit dua gol tersebut mengambil peluang dimiliki sepanjang perlawanan.

Begitu juga bagi Al Falah FC yang sebenarnya boleh melakukan kejutan ke atas My Team. Barisan kendalian Mohammad Najmi Abdul Hadi turut mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun percubaan dilakukan jentera serangan gagal menembusi gawang lawan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU