ARTIKEL

MA63: Sarawak punyai rancangan pembangunan untuk tanah lot yang dikembali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempunyai perancangan sendiri untuk membangunkan semula semua tanah lot yang dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk manfaat rakyatnya.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, lot-lot tanah yang tidak dimajukan itu akan diambil alih semula oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan di peringkat bahagian yang terlibat.

“Memang kita mempunyai perancangan. Contohnya tanah yang diberikan dahulu kepada Persekutuan untuk tujuan pembinaan sekolah tetapi ia tidak jadi dilaksanakan kerana jarak antara sekolah dengan jalan raya terlalu dekat.

“Maka tanah tersebut akan diambil semula kerana kita ada perancangan pembangunan di bawah bahagian masing-masing, dan mungkin antara tanah tersebut sudah terletak di bawah rancangan untuk dimajukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1445H/ 2023 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak juga akan membayar semula kepada Kerajaan Persekutuan jumlah pampasan yang telah dibayar pada harga sama ketika Kerajaan Persekutuan mengambil alih tanah berkenaan.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa memberitahu Kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan semula 55 daripada 224 lot tanah yang diperoleh daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak selaras MA63, ia membabitkan 52 lot tanah milik Sarawak dan tiga milik Sabah.

Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu mengumum bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengembalikan tanah milik kerajaan negeri yang dipajak untuk tujuan pembangunan awam sekiranya tiada sebarang projek dilaksanakan di tanah terlibat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU