Kira-kira 3,000 orang menghadiri perhimpunan Maal Hijrah 1445 yang berlangsung di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini hari ini.
Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Mengangkat temanya Perpaduan Teras Malaysia Madani amat signifikan dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang bersatu demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.
Dalam konteks Sarawak, perpaduan dalam kepelbagaian juga tepat dalam memperkasakan nilai kesatuan.
Aspek perpaduan amat penting kerana merupakan tunjang kepada masyarakat Madani, yang maju bukan hanya dari segi kebendaan tetapi juga fikrah dan kerohanian.
Sambutan itu turut melibatkan penyampaian 11 anugerah khas sempena Maal Hijrah.


